loading...
#PETALING JAYA: Majlis pengumuman perkahwinan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin semalam di sebuah hotel kecoh seketika apabila seorang wanita dikatakan tersilap masuk majlis.
#Wanita itu yang menutup sebahagian mukanya dengan penuh yakin berjalan masuk ke dalam majlis itu manakala jurugambar pula sibuk merakam gambarnya kerana menyangka dia adalah Syatilla.
#Wanita itu kemudian duduk di tempat yang disediakan untuk bakal pengantin perempuan menyebabkan Shaheizy Sam dan ibunya, Mummy Khathy, agak sedikit terkejut dan terpinga-pinga.
#Dalam rakaman video itu, ibu Shaheizy Sam kelihatan berbisik sesuatu kepada wanita terbabit dan mungkin memaklumkan dia tersilap. Wanita terus bangun dan meminta maaf.
#Kejadian itu disaksikan wartawan hiburan tempatan dan sempat dirakam oleh salah seorang tetamu yang hadir.
#Shaheizy Sam dan Syatilla akan berkahwin pada 9 Februari ini dan dilaporkan perkahwinan mereka mendapat tajaan sebanyak RM25 juta.
0 Response to "Memalukan. Inilah Punca SEBENAR Wanita tersilap masuk majlis Shaheizy Sam"
Post a Comment