KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

SERAM!!Hantarannya Sebuah Keranda Dan Sekayu Kain Putih Jika Berhasrat Mengahwini Cik Siti Jalang

loading...

#Akhirnya, terungkai kisah Cik Siti 99 atau dikenali sebagai Cik Siti Jalang.
Kisah seorang anak pembesar istana ( tidak dinyatakan tahunnya ) yang mempunyai epik kisah yang sangat menarik.

#Makam Siti Jalang,
Kampung Tembioh, Kota Tinggi
Cik Siti diberi nama, di anugerahkan wajah jelita dan kaya orangnya. Kisahnya di sebut sehingga hari ini kerana berkahwin dengan 99 orang suami.
Ini kerana setiap kali perkahwinan di antara Cik Siti dan suaminya, pasti sang lelaki akan meninggal pada keesokan harinya.
Semua di sebabkan Cik Siti yang mempunyai misteri dimana setiap kali bersama pada malam pertama, akan keluar binatang bisa daripada tubuh badannya, dan ia berlaku sehingga 99 kali.
Oleh sebab yang demikian, Cik Siti telah menetapkan kepada sesiapa yang ingin berkahwin dengannya, perlu menyediakan 3 PAPAN KAIN KAFAN dan SEBUAH KERANDA untuk pengebumian keesokan harinya.
Sungguh pun begitu, ramai lelaki yang ingin berkahwin dengan Cik Siti dan dia tidak menolak.

#Kisah Cik Siti Jalang berakhir dengan perkahwinan bersama suami yang ke 100~

#SEJARAH CIK SITI JALANG
Cerita yang dikatakan berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dikatakan berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi.

#Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Tentunya kita tertanya-tanya mengapa allahyarham dipanggil sedemikian?

#Mengikut ceritanya Siti Aminah ini berasal dari Kelantan dan sejak kecil telah menjadi anak angkat sebuah keluarga bangsawan Bugis di Kota Tinggi. Cik Siti Aminah ini dikatakan terlalu cantik paras rupanya menjadi sebutan di daerah ini dan kerana itu beliau menjadi rebutan ramai.

#Kerana risaukan keselamatan anak gadis ini, keluarga Bugis ini telah mewariskan satu ilmu pendinding kepadanya sebagai tujuan menjaga kesucian gadis ini dari di aniaya lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab.

#Sehinggalah Cik Siti Aminah meningkat dewasa, beliau telah dipinang oleh seorang lelaki yang juga dari golongan orang berada.

#Majlis perkahwinan berlangsung penuh meriah sehinggalah pada malam pertama pasangan pengantin tersebut menjadi porak peranda apabila Cik Siti Aminah telah diceraikan.

#Ini kerana pengantin lelaki sewaktu pada saat beliau bersedia untuk menikmati malam pertamanya, beliau gagal menemui pertanda yang Cik Siti Aminah adalah seorang perempuan!

#Namun itu tidak mencacatkan keinginan lelaki-lelaki lain untuk memiliki Cik Siti Aminah dan ini membawa perkahwinan keduanya.

#Namun bala masih mengundang, perkara yang sama berlaku pada malam perkahwinannya apabila dia diceraikan pada keesokan hari perkahwinannya.

#Ini berlarutan untuk berberapa tahun selepasnya sehingga dikatakan Cik Siti Aminah mempunyai 99 orang suami.

#Sehinggalah suaminya yang ke 100, dikatakan seorang yang warak dan punya pegangan agama yang kukuh serta mempunya ilmu kebatinan yang tinggi dapat membuka ilmu kunci nafsu yang diwarisi Cik Siti Aminah dari keluarga angkatnya, dan dengan suaminya yang terakhir inilah perkahwinannya kekal ke akhir hayat.

#Namun Cik Siti Aminah pada saat ini telah pun berumur maka mereka tidak mempunyai sebarang waris dan disaat akhir hayatnya Cik Siti Aminah mewasiatkan apabila beliau meninggal dunia agar jenazahnya dikebumikan jauh dari kawasan perkuburan penduduk kampung yang lain kerana akibat dari perkahwinannya yang mencatatkan jumlah sebanyak seratus kali itu penduduk Kota tinggi menggelarkannya dengan panggilan Siti Jalang.

#Namun terdapat satu lagi versi mengenai lagenda ini mengatakan Cik Siti Aminah ini apabila ada lelaki yang masuk meminangnya, beliau mengenakan hantaran sebuah keranda dan sekayu kain putih untuk persediaan pengkebumian suaminya pada keesokan harinya kerana dikatakan Cik Siti Aminah memelihara kala jengking di anggota sulitnya maka suaminya akan mati.

#Sejauh mana kebenaran cerita ini hanyalah tinggal lagenda yang terkenal hingga ke hari ini sehingga diangkat menjadi telefilem yang sangat menarik. Demikianlah diceritakan orang….

#Akibat yang demikian, keturunan Bentan telah di sumpah muntah darah daripada Jambatan Kota Tinggi sehingga ke kampung Kelantan sehingga 7 keturunan, dan kisah ini di ingat zaman berzaman…

#Persekitaran makam itu kini dipenuhi dengan semak samun selain kedudukannya yang agak tersorok daripada pandangan orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

#Cerita Cik Siti yang diadaptasikan ke televisyen Astro Citra pada tahun 2011, lakonan Erra Fazira dan arahan Sabri Yunus:

#Catatan pada batu tanda di makam cik Siti di Kampung Tembioh, Kota Tinggi: Makam Cik Siti ini juga dikenali dengan nama Makam Cik Siti Aminah Tanah Masyuhur atau Cik Siti Jalang.
Terdapat cerita yang menarik tentang sejarah Cik Siti ini. Menurut sumber, beliau dipercayai adalah anak salah seorang pembesar di istana. Cik Siti Aminah ini dikatakan seorang wanita yang kaya dan jelita. Gelaran ‘Jalang’ diberikan kepadanya kerana jumlah perkahwinan beliau yang berjumlah sebanyak 99 kali.

#Maka, Siti Jalang diberi nama. Kerana pernah berlaki sembilan poh sembilan orang kesemuanya. Kahwin siang, malam mati.

0 Response to "SERAM!!Hantarannya Sebuah Keranda Dan Sekayu Kain Putih Jika Berhasrat Mengahwini Cik Siti Jalang"

Post a Comment

loading...