#"Kehidupan saya Alhamdulillah baik dan saya tidak tahu kenapa orang berkata saya sebegitu. Mereka mungkin tidak pernah nampak saya berjalan kaki seorang diri.
#"Sudah menjadi rutian harian saya setiap petang akan berjalan kaki di kawasan sekitar atau ke bandar sebagai senaman demi menjaga kesihatan," katanya memetik mStar.
#Malah anak Mat Sentol, Rosdin Abdul Rasip yang juga meluahkan rasa kesalnya memberitahu bapanya berada dalam keadaan sihat dan mereka tinggal bersama di Johor Bahru.
#"Saya tidak tahu mengapa mereka berkata demikian dan mungkin juga mereka ada niat baik untuk membantu ayah saya.
#"Tapi buat masa ini kehidupan dia baik bersama keluarga kami. Semua yang dikatakan di laman sosial tidak benar," ujarnya.
#"Itu memang menjadi rutin harian, kesihatan dia baik cuma kadang-kadang sakit lutut tapi kalau kami larang dia berjalan... dia tidak mahu dengar.
#"Alhamdulillah ramai pemandu teksi yang kenal bapa dan sentiasa akan memastikan jika dia berasa penat akan ada menghantarnya pulang ke rumah," ujarnya.
0 Response to "FUHH!! Dituduh Miskin Kerana Berjalan Kaki, Mat Sentol NEKAD Dedah Kekayaan Yg Beliau Miliki ! PERGHHHH !"
Post a Comment