KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

"ADam Tak Upload Gambar SAya Di Instagram Lagi! Jadi Perceraian Kali Ini Saya Sudah Pasrah~ Kami Tiada Dendam"

loading...


#Jika sebelum ini Fiza Elite dan juga Adam AF kembali rujuk, namun hubungan mereka kali ini tidak dapat diselamatkan sehingga menyebabkan mereka bercerai untuk kali kedua. Bagaimanapun, Fiza menjelaskan mereka berpisah secara baik.

#“Kami berpisah cara baik. Saya anggap sudah bukan jodoh untuk kami bersama lagi. Saya minta dia lepaskan saya tanpa dendam di hati. Sekarang masing masing bawa haluan sendiri. Saya mahu kongsi hal ini kerana mahu maklumkan status sebenar”

#“Ini kerana ramai sudah mula bertanya setiap kali saya berjalan tanpa Adam di sisi. Malah, Adam sudah tidak memuat naik gambar saya di laman Instagramnya. Jadi saya lihat pencerahan ini perlu supaya tak menjadi fitnah pula”

#“Kali pertama bercerai, saya masih berharap kami akan terus bahagia. Tetapi semakin lama, semuanya dilihat semakin kelam. Jadi, pada tahun lalu, saya nekad untuk berpisah dengannya. Kami tidak tinggal sebumbung beberapa bulan”

#“Malah, pada sambutan Aidilfitri lalu, Adam beraya seorang diri di Sabah. Saya pula beraya dengan keluarga. Malah, tahun lalu, saya diuji dengan kehilangan bapa tercinta. Dugaan itu bagai datang bertimpa. Tapi saya kuatkan diri,” kata Fiza yang menyatakan turut membuat solat istikharah demi meminta petunjuk daripada Tuhan.

#Selepas perpisahan ini, Fiza mengharapkan agar rezekinya murah dan bertambah kerana hidup mesti diteruskan. Sementara itu, hubungannya bersama keluarga mereka masih lagi baik.

0 Response to ""ADam Tak Upload Gambar SAya Di Instagram Lagi! Jadi Perceraian Kali Ini Saya Sudah Pasrah~ Kami Tiada Dendam""

Post a Comment

loading...