loading...
#PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin menegur segelintir golongan ibu agar tidak memuat naik gambar selfie ketika sedang menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka.
#Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 32, berkata, perkara itu dilihat tidak manis sebagai wanita Timur meskipun foto selfie yang dipaparkan tidak mendedahkan kulit mereka.
#"Walaupun saya belum berpengalaman menjadi seorang ibu, saya gembira melihat ramai wanita mula sedar mengenai kepentingan menyusukan anak sendiri (breastfeeding) dan saya harap satu hari nanti saya juga dapat berbuat demikian.
#"Cuma yang tidak manisnya apabila ramai ibu yang gemar mengambil gambar selfieketika menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka dengan kain. Ia tidak manis dipandang," katanya yang dihubungi mStar Online.
#Yana diminta mengulas mengenai statusnya di Facebook tentang kaum ibu yang gemar memuat naik gambar selfie ketika sedang menyusukan anak tanpa menutup dada dengan sebarang kain.
#Status itu dimuat naik berikutan isu viral di laman sosial 'Amran Fans' mengkritik golongan ibu yang suka mengambil gambar selfie ketika menyusukan anak masing-masing.
#Perkara itu membuatkan ramai wanita yang tidak berpuas hati dengan status tersebut dan memuat naik lebih banyak gambar mereka sedang menyusukan anak.
#Kata Yana, pada zaman moden yang menyediakan pelbagai alternatif lain untuk menyusukan anak seperti kain 'apron', para ibu sepatutnya menggunakan kemudahan tersebut.
#"Saya tahu 'apron' menyusukan anak kini banyak dijual di kedai barangan bayi. Apa salahnya gunakan kemudahan berkenaan untuk membaluti dada kita? Kalau mahal, selendang pun boleh.
#"Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat saya ini. Tetapi sebagai seorang wanita yang konservatif, saya pula berasa malu melihat wanita lain bergambar selfie sedang menyusukan anak.
#"Tidak salah menggalakkan para ibu breastfeeding, tetapi ada cara lain tanpa perlu bergambar seperti itu," katanya.
#Sementara itu, Yana menyifatkan isu tersebut juga akan menjadi pengajaran untuknya apabila bergelar ibu satu hari nanti.
#Dalam perkembangan lain, Yana bakal memulakan penggambaran drama untuk siaran Astro di bawah terbitan KL Motion Pictures.
#Selain itu, Yana turut sibuk menguruskan butik baru miliknya iaitu Ayana by Yana Samsudin yang bakal dibuka tidak lama lagi di Seksyen 7, Shah Alam.
0 Response to "Geng Ibu Kaki Selfie Ketika Susukan Anak BENGANG Dengan Teguran BERANI MATI Yana Samsudin Ini ! Serius terbaik lah Yana Samsuddin ! Memang patut dorang bengang pun ! Makan dalam paduuuu punya !"
Post a Comment