loading...
#Fiza Terlepas Cakap, Dedah Sikap Adam Yg Sebenar Hingga Berlaku Penceraian |
#“Jangan kaitkan saya dengan Adam lagi selepas ini. Cukuplah dua kali kami berkahwin, saya takkan kembali kepada dia lagi. Saya serik!,” jelasnya.
#Menurut Fiza, Adam telah menceraikannya buat kali kedua pada 21 September lalu di rumah kelamin mereka di Gombak, Selangor. Perceraian kali itu telah disahkan oleh Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu.
#Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 26 September 2013 dan bercerai kali pertama pada 28 April 2014 selepas hanya tujuh bulan mendirikan rumah tangga.
#Namun, selepas hampir tiga bulan bercerai, pasangan tersebut rujuk kembali pada 17 Julai 2014.
#Menurut Fiza, rumah tangga mereka sebenarnya tidak pernah aman dalam jangka masa yang agak lama di mana mereka hanya tinggal sebumbung, tetapi berlainan bilik selama setahun.
#“Sebenarnya, selepas kami rujuk semula pada Julai 2014, hanya dua bulan sahaja kami bahagia. Tiga bulan kemudian, keadaan kami kembali macam dulu juga, selalu bergaduh. Hidup terus bermasalah terutamanya apabila bercakap dalam soal kewangan rumah tangga.
#“Saya tidak tahan lagi hidup sebegitu dan berpura-pura bahagia. Akhirnya saya buat keputusan yang kami tidak lagi boleh hidup bersama pada hujung tahun 2015 yang lalu,” katanya.
0 Response to "Fiza Terlepas Cakap, Dedah Sikap Adam Yg Sebenar Hingga Berlaku Penceraian"
Post a Comment