loading...
#Anak MAKI cikgu MELAYU , BAPA pulak datang SERANG ..dimalukan di PERHIMPUNAN, SEMUA salah CIKGU, PERCAYA sangat kat ANAK!!
#a. Seorang guru wanita membuat laporan polis semalam berikutan keselamatan dirinya serta beberapa lagi guru lain berasa terancam. Salina Daud, 50, mendakwa dia telah diserang oleh seorang bapa kepada muridnya di SJKC Pai Chee pada jam 12.20 tengah hari.
Difahamkan, murid terbabit, Ng See How, telah memaki beliau pada 5 Januari yang lalu dalam bahasa mandarin tanpa sebarang sebab semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
#Bapa murid terbabit, Ng Lee Ze, bagaimanapun datang menyerang mangsa dengan membaling buku-buku dan alatan mengajar milik mangsa di bilik guru sambil disaksikan oleh beberapa orang guru sebelum bertindak menarik dan menenangkannya.
#Mangsa membuat aduan mengenai perkara itu pada guru kelas tetapi sehingga jam satu tengah hari, tiada sesiapa pun yang datang berbincang dengannya mengenai kejadian itu.
#b. Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu serta tidak berpuas hati pihak sekolah juga tidak melindunginya sebagai salah seorang guru sekolah tersebut.
#Dalam laporan yang sama, mangsa juga mendedahkan Guru Besar, Cikgu Ang Swee Hoon juga pernah menghalaunya dan dua lagi guru yang lain iaitu Cikgu Syuhahad dan Cikgu Zuraida bahawa masyarakat Cina Pai Chee tidak mahu guru-guru Melayu (iaitu kami) mengajar di SJKC Pai Chee pada 19 November 2015.
#"Guru Besar juga telah menemui PPD dan meminta agar kami dikeluarkan dari SJKC Pai Chee atas sebab guru-guru Melayu tidak pandai mengajar dan tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah," katanya.
#Mangsa menegaskan bahawa laporan itu dibuat kerana merasakan dirinya dan dua orang guru Melayu berasa tidak lagi selamat berada di sekolah berkenaan.
Dalam surat rasmi yang dihantar kepada Pegawai Pelajaran Daerah Mersing pula mendedahkan lebih terperinci.
#c. Selain dari dipaksa keluar dari sekolah itu, guru-guru yang terlibat juga pernah dimarahi dan dimalukan di hadapan murid tahun enam ketika berada di dalam dewan.
"Maruah kami terjatuh apabila Guru Besar memalukan dan memarahi kami di depan murid-murid tahun 6 yang kami tidak membuat kerja yang diamanahkan.
"Salah seorang daripada kami juga tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di hospital atas alasan 'Belum mahu mati lagi' sedangkan ada guru-guru yang lain mendapatkan khidmat rawatan setiap minggu.
#"Cuti sakit dan cuti rehat khas bagi guru-guru dan kakitangan Melayu juga dipertikaikan. Ada sesetengah guru-guru Cina menghebahkan kepada murid-murid bahawa guru-guru Melayu menyusahkan pihak sekolah," dedahnya antara 17 perkara yang dibangkitkan dalam surat rasmi tersebut.
0 Response to "Anak MAKI cikgu MELAYU , BAPA pulak datang SERANG ..dimalukan di PERHIMPUNAN, SEMUA salah CIKGU, PERCAYA sangat kat ANAK!! Anda PASTI Terkejut Tengok TINDAKAN CIKGU itu Selepas Itu Yang Sangat MENGEJUTKAN !!!"
Post a Comment