KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Menyayat Hati!! Inilah penjelasan Jon Teman Serumah Yus Jambu Tentang Perubahan Sikap Arwah Sebelum Dia Pergi!!

loading...

#Rakan serumah pelawak Allahyarham Yussry Edoo, Wan Sharizon Rahim atau Jon Raja Lawak merupakan antara sahabat paling rapat dengan Yus Jambu.

#Wan Shahrizon (Jon) yang sudah mengenali Pak Yus selama hampir 20 tahun berkata, selepas arwah meninggal dunia akibat sesak nafas malam tadi, barulah beliau perasaan perubahan sikap teman baiknya itu.

#Ini komen Jon:

#KURANG BERCAKAP

#Jon mengatakan dia perasan Yus kurang bercakap akhir-akhir ini.  Dia tidak menyangka perubahan sikap arwah yang tidak banyak bercakap kebelakangan ini menjadi petanda beliau akan pergi selama-lamanya.

#"Sepanjang mengenali arwah, dia suka bergurau. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati dia kurang bercakap. Selalunya dalam kereta dia suka berbual, tetapi kebelakangan ini lebih banyak mendiamkan diri.

#"Sebenarnya, saya tidak perasaan perubahan sikap beliau sehinggalah malam tadi.

#"Banyak lagi perubahan sikap arwah sebelum dia pergi, tetapi sukar untuk saya mengingati semuanya,"

#TERMENGAH-MENGAH

#Tambah Jon lagi, ketika Yus tampil membuat persembahan pada pertandingan akhir Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi, beliau melihat Yus seperti termengah-mengah.

#Sebaik persembahan berakhir, Yus meminta dihantar pulang dengan segera.

#"Yus kelihatan sangat penat sehingga menolak permintaan beberapa peminat yang ingin bergambar dengannya di belakang pentas. Sebelum ini, dia bukan macam itu.

#"Yus biasanya akan melayan setiap peminatnya. Sebaik masuk ke dalam kereta, beliau membuka kasut dan bajunya serta bersandar kepenatan,"

#MENYANYI LAGI PENAT

#Shahrizon berkata, di dalam kereta beliau sempat berseloroh dengan Yus mengenai jenis pekerjaan disukainya.

#"Saya cakap antara main bola sepak dan menyanyi, mana satu lebih penat. Lantas Yus jawab menyanyi,"

#Beliau berkata, sebaik melalui Jalan Ipoh, Yus seperti terkena serangan sawan dan terus tidak sedarkan diri.

#"Kami sangka Yus hanya pengsan. Kami segera membawanya ke Hospital Selayang. Apabila tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, doktor yang memeriksanya mengatakan Yus sudah meninggal,"

#Sumber: BHarian

0 Response to "Menyayat Hati!! Inilah penjelasan Jon Teman Serumah Yus Jambu Tentang Perubahan Sikap Arwah Sebelum Dia Pergi!!"

Post a Comment

loading...