KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

(Video) Selepas Tampil Bertuala, Jamal Kembali 'Serang' SUK Selangor, Kini Bawa Katil Dan Tunggang Motosikal Bawa Aiskrim

loading...




Sebelum ini  Datuk Seri Jamal Md Yunos telah tampil dengan hanya memakai tuala di depan pejabat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, kini beliau sekali lagi tampil 'menyerang' dengan membawa 10 set katil sebagai tanda protes terhadap isu rumah urut yang dibawanya sebelum ini, lapor Berita Harian.
Beliau dan pengikutnya telah menyusun beberapa set katil bujang dan cadar putih di hadapan pintu pagar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 10.50 pagi ini selepas dihantar menggunakan sebuah lori.
Di atas cadar katil berkenaan tertulis perkataan  'D.A.P (Dapat Aiskrim Percuma)' manakala bantal ditulis dengan perkataan 'Rumah Urut Selangorku'.
Kira-kira jam 11 pagi, Jamal yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar tiba menaiki motosikal berkuasa tinggi dengan membawa tong aiskrim di mana diluar tong aiskrim berkenaan memaparkan gambar 'aksi aiskrim' Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Selain itu dia juga telah mengadakan 'persembahan' demonstrasi mengurut di mana seorang wanita mengurut seorang lelaki berbaju merah di salah satu katil yang dibawa itu.- Siakapkeli.my









2 Responses to "(Video) Selepas Tampil Bertuala, Jamal Kembali 'Serang' SUK Selangor, Kini Bawa Katil Dan Tunggang Motosikal Bawa Aiskrim"

loading...