KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Sayu : Desakan Hidup kah ? .. Identiti ketua pengawal keselamatan rompak Bank guna pistol syarikat (10Gambar)

loading...
ALOR SETAR : Sedih sebak sayu lihat apa yang berlaku seorang lelaki sanggup merompak bank dan hampir membunuh pengawal keselamatan, suspek yang merupakan Ketua Syarikat kawalan Keselamatan dan bekas tentera ini nekad seorang diri merompak bank dengan menggunakan pistol milik syarikat nya berkerja.
Seorang bekas tentera yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menggunakan pistol milik syarikatnya ditahan selepas cuba merompak Bank UOB di Tmn Ria Jaya, Sungai Petani dekat sini pagi tadi. 
Jurucakap polis berkata, cubaan suspek berjaya dihalang pengawal keselamatan bank terbabit selepas berlaku pergelutan antara mereka dengan dibantu kakitangan bank berkenaan, jam 8.40 pagi. 
"Anggota polis yang tiba dilokasi kejadian kurang seminit kemudian segera membantu pengawal keselamatan yang cedera akibat terkena tembakan di kaki yang sedang bergelut dengan suspek. 







Selamat Pagi YDH Dato, tuan/puan:
Makluman awal melepaskan tembakan semasa melakukan kesalahan berjadual.

Butiran saspek:
 * Mohd Rosdi B Othman(bekas tentera bersara pd 22.11.2008, berkhidmat selama 22 thn, Peg.Waran 2, di 10 Semboyan, di Kem Perendak Melaka)
*KPT: 671202-02-XXXX*.
Kerja: *Pengurus Pengawal Keselamatan, SRT EON* Caw.Sg.Petani, Kedah sejak 2008 sehingga skrg.
Maklumat pistol yg diperolehi: *Sykt SRT EON di P.Pinang, hanya t.t sebulan sekali dan sentiasa dibawa dalam pemilikannya setiap masa*.
 Maklumat Pengawal Keselamatan yg cedera:
Nama: *Mohd Jefri bin Ismail*.
KPT: 660727-02-XXXX
* berada di wad kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim, Sg.Petani, Kedah dlm keadaan stabil.
SEKIAN, T.KASIH.
Suspek yang bertopi keledar berjaya ditahan manakala pistol jenis jenis Smith Wesson yang digunakan untuk merompak juga berjaya dirampas," katanya di sini sebentar tadi. 
Beliau berkata, pengawal keselamatan terbabit dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan kini dilaporkan stabil. "Suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan kini ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan kejadian dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terperinci. Sumber FB, Berita Harian

0 Response to "Sayu : Desakan Hidup kah ? .. Identiti ketua pengawal keselamatan rompak Bank guna pistol syarikat (10Gambar)"

Post a Comment

loading...