loading...
#Dalam artikel Shuib Taib di New Straits Times, tulisannya menjawab persoalan dan gossip yang dikaitkan dengan kehilangan penyanyi kelahiran Singapura itu.
#Anita yang sering membahasakan dirinya Kak Nita, dilaporkan menjalani pembedahan tulang belakang pada 2013, dua tahun selepas dia meninggalkan negara ini.
#Ia tidak dikongsi dengan peminat selepas dia memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih privasi, tanpa publisiti.
#Sepanjang tempoh itu, pelbagai spekulasi timbul terhadap penyanyi bertaraf antarabangsa ini.
#Paling kerap diperkatakan, dia telah berpisah dengan suami keempatnya, Mahathir dan mengubah penerampilan bergaya dan seksinya dengan berhijab.
Paling mengejutkan, Anita Sarawak dikatakan turut dibebani dengan masalah hutang.
#Hakikatnya, anak tunggal hasil perkahwinan primadona filem Melayu, Siput Sarawak dengan S. Roomai Noor ini, membuktikan segala cerita yang dikaitkan dengan dirinya adalah palsu.
#Dirinya masih isteri kepada Mahathir dan masih tinggal sebumbung dengan suaminya.
#Bukan setakat itu, Kak Nita terus mengembangkan asetnya dengan membeli hartanah di Tuscany, Italy, sekaligus menyangkal dakwaan dia berdepan dengan masalah hutang.
#Bahkan, pembedahan tulang belakang sebelum ini, tidak menghalangnya kembali membuat persembahan di Caeser’s Palace, Las Vegas pada Februari dan Mac lalu.
#Walaupun dia tidak seaktif dulu, namun ia membuktikan Anita Sarawak masih menjadi seorang penghibur.
#Bagi peminatnya di negara ini dan Singapura, dia seorang penghibur yang unik dengan gaya tersendiri. Kelincahan dan coletehnya ketika membuat persembahan membuatkan mereka merindui kemunculan semula Kak Nita.
#terima kasih kerana sudi melawat disini,sekian
0 Response to "TERBONGKAR !!! INI penjelasan Misteri ‘Kehilangan’ penghibur tersohor, Anita Sarawak"
Post a Comment