loading...
#Setelah sekian lama menyepi akhirnya Mamat membuat kenyataan terkini mengenai bekas kumpulannya yang dahulu iaitu kumpulan Sepah.
#Dulu, Sepah merupakan kumpulan pelawak paling popular di Malaysia. Ahlinya terdiri dari 3 orang sahabat iaitu Jep, Mamat dan Shuib. Namun ketika di zaman kegemilangan itu, Mamat paling banyak mencetuskan kontroversi.
#Kemudian dikatakan ada masalah dalaman menyebabkan kumpulan Sepah pun berpecah dan Jep bergabung dengan Shuib membentuk Sepahtu.
#Baru-baru ini Mamat akui akui amat rindu dengan kumpulan Sepah terutama kemesraan mereka bertiga.
#Mamat juga memberitahu hubungannya dengan Jep telah pulih dan hanya berserah kepada takdir sekiranya berpeluang untuk mengembalikan kumpulan Sepah.
#Ini komen Mamat di portal Murai:
“Saya rindukan kumpulan Sepah, sebelum ini pelbagai kontroversi yang tercetus tetapi sekarang ini masing-masing sudah dewasa dan matang untuk fokus kerjaya masing-masing.
#“Permasalahan yang timbul dahulu sebenarnya telah pun selesai, hubungan saya dengan Jep pun dah pulih seperti biasa, kalau ingin disatukan semula, saya hanya serah kepada takdir,”
#“Saya pada mula itu, ada rasa terkilan, sedih dan pelbagai lagi perasaan setelah berkeputusan tidak bersama dengan Sepah, tetapi itu semua adalah dugaan yang buatkan diri saya lebih matang.
#Mungkin ada peluang mereka bertiga membentuk kembali kumpulan Sepah.
0 Response to "Kenyataan MAMAT Sepah Mengenai ISU Kumpulan Sepah Yang MENGEJUTKAN Semua!!"
Post a Comment