#Jihan Muse, 33, yang bakal menamatkan zaman solonya Ahad ini, telah mengadakan malam berinai pada malam ini dengan memilih tema ‘Kebaya Nyonya’.
#Menurut Jihan, dia bersyukur hasratnya untuk mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan.
#Menjalin percintaan selama sembilan tahun, Jihan terharu kerana bakal suaminya, Ungku Hariz Ungku Faizal, 31, memahami malah setia menemaninya ketika melewati susah dan senang.
#Jihan dan bakal suaminya bakal disatukan dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat di Shah Alam.
#“Alhamdulillah setelah sembilan tahun menyemai kasih akhirnya kami bakal disatukan sebagai suami isteri pada Ahad ini.
#“Jadual yang padat antara faktor kami mengambil masa yang lama untuk berkahwin,” ujar Jihan dipetik sebagi berkata.
#Dalam majlis tersebut, Jihan kelihatan anggun berkebaya nyonya berona merah jambu dan pakaian sama dikenakan oleh kebanyakan tetamunya yang hadir bagi memeriahkan majlisnya malam ini.
#“Seperti kawan rapat yang lain, saya juga memilih tema kebaya nyonya untuk digayakan pada malam ini.
#“Saya sendiri menggemari imej tradisional dan menggunakan kesempatan ini untuk melunaskan impian itu.
#“Seronok melihat tetamu yang hadir menepati tema yang dipilih. Semuanya anggun menghormati permintaan saya untuk memakai kebaya nyonya,” jelasnya.
#“Saya berharap agar majlis pernikahan pada Ahad ini berjalan lancar dan saya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat diri dan pasangan saya.
#Antara rakan artis yang hadir adalah Nad Zainal, Sharifah Sakinah, Marsha, Sherry Al Hadad, Nana Mahazan, Nabila Huda, Fara Fauzana, Rafidah Ibrahim dan Azza Elite.
0 Response to "42 gambar – malam berinai jihan muse bertemakan ‘kebaya nyonya’"
Post a Comment