KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Siapa yang tak bengang. Anak dekat rumah nak bagi makan macam mana ? Bukan Raja Azura je yang bengang, pendengar setia Sinar FM pun ramai yang tak puas hati.

loading...

#KAK ENGKU MENGAMUK DIPECAT SERTA-MERTA OLEH SINAR FM

#Kecewa dengan pihak pengurusan, Raja Azura meluahkan rasa tidak dihargai apabila diberi notis singkat untuk tidak menyambung kontrak sebagai penyampai radio di Sinar FM.

#Raja Azura menganggap notis singkat itu amat “biadap” kerana pengorbanannya menghibur pendengar sebagai penyampai Sinar FM langsung tak dihargai sama sekali.

#Ini luahan Raja Azura:

#“Notis yang saya terima tiga minggu sebelum tarikh kontrak tamat. Bukan setahun atau dua tahun, saya dan dua rakan lagi sudah 10 tahun berkhidmat dengan stesen radio ini.

#“Bagi saya tindakan itu sangat biadap. Saya bercakap secara umum, bukan sahaja kepada stesen radio tetapi juga syarikat lain yang menjadi majikan kepada pekerja.

#“Setiap pekerja ada komitmen dan tanggungjawab masing-masing. Sebagai contoh, saya ibu tunggal yang perlu membesarkan anak.

#“Bagaimana pula dengan mereka yang tiada sumber mata pencarian lain?”

#“Paling sukar adalah apabila terpaksa melepaskan pendengar setiap segmen yang saya kendalikan.

#“Ramai meluahkan perasaan mereka di laman sosial saya. Kata mereka, selepas ketiadaan saya dan dua lagi rakan, mereka tidak lagi terhibur seperti dahulu,”

#Pelakon dan pengacara itu berganding bersama pelawak Salih Yaacob dan Khairil Rashid dalam segmen ‘Sinar Pagi’ di stesen radio itu dari jam 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

#Segmen itu kini diambil alih oleh kumpulan lawak Sepahtu, manakala Salih ditukarkan ke segmen petang di stesen radio sama.

#Khairil, seorang penyampai berpengalaman, kini menumpukan tenaganya di sebuah syarikat iklan radio.

#Azura, atau biasa dipanggil Kak Engku, mendakwa pendengar-pendengar Sinar FM juga nyata terkilan dengan pertukaran itu.

0 Response to "Siapa yang tak bengang. Anak dekat rumah nak bagi makan macam mana ? Bukan Raja Azura je yang bengang, pendengar setia Sinar FM pun ramai yang tak puas hati."

Post a Comment

loading...