KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

KANTOI !!! AKHIRNYA Punca Sebenar Remaja Yang MAti Ditikam Semasa Bersilat Dikenal PASTI...

loading...
#LABUAN 20 Dis. - - Seorang pesilat remaja maut selepas terkena tikaman keris secara tidak sengaja oleh rakannya ketika membuat pertunjukan dalam kenduri perkahwinan di Kampung Patau-Patau Satu, di sini semalam.


#Kejadian malang yang menimpa mangsa, Mohd. Amil Zulqarnain Jafar, 17, berlaku kira-kira 11.30 pagi apabila keris yang dipegang rakan pesilatnya tertusuk di dada.

#Difahamkan, rakan pesilat mangsa itu adalah sepupunya.

#Bapa mangsa, Jafar Bugal berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari.

#Katanya, ketika kejadian, beliau yang bertugas sebagai Pegawai Bomba Kanan Dua, Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan sedang dalam operasi menyelamat mangsa banjir.

#“Saya cukup terkejut apabila menerima perkhabaran ini sebelum bergegas ke Hospital Labuan untuk melihat keadaan mangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

#Jafar berkata, mangsa yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu memang meminati aktiviti seni mempertahankan diri sejak berusia 13 tahun lagi.

#Katanya, Mohd. Amil Zulqarnain bersama rakan-rakan yang merupakan ahli Persatuan Seni Silat Gayung Kompleks Sukan Labuan sering diundang membuat persembahan silat dalam majlis-majlis tertentu termasuk kenduri perkahwinan.


#“Walaupun reda dengan pemergian arwah, kami sekeluarga sedikit terkilan apabila persembahan Mohd. Amil Zulqarnain bersama rakannya semalam menggunakan keris sebenar.

#“Selama ini, setiap kali persembahan mereka tidak menggunakan keris sebenar. Namun, saya akan bertanya jurulatih mereka mengapa keputusan itu (menggunakan keris) dibuat,” katanya.

#Jelas Jafar, bedah siasat sedang dilakukan di Hospital Labuan dan mayat anak kesayangannya itu akan dibawa ke Surau Kampung Sungai Bangat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Bangat, di sini.

#Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintenden Mohd. Ibrahim Mohd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan mangsa dikatakan meninggal dunia di Hospital Labuan.

#Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

#- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pesilat-maut-tertusuk-keris-1.171271#sthash.oW6Tkxdl.dpuf

1 Response to "KANTOI !!! AKHIRNYA Punca Sebenar Remaja Yang MAti Ditikam Semasa Bersilat Dikenal PASTI..."

  1. Salam saya blogwalking nanti berkunjunglah ke blog saya >> http://www.gerobokbuku.com/

    ReplyDelete

loading...