KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Padah menegur kanak-kanak ganggu babi hutan

loading...

#Georgetown: Tindakan seorang wanita menegur sekumpulan kanak-kanak yang mengganggu seekor babi hutan mengundang padah apabila dia pula yang disondol haiwan berkenaan di Jalan Persiaran Karpal Singh, semalam.

#Bagaimanapun, dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa, Yap Poh Rui, 30, bernasib baik kerana hanya cedera ringan di siku dan dibawa ke hospital oleh penduduk setempat.

#Menurut sumber, ketika kejadian, wanita terbabit yang bekerja sebagai setiausaha bersama rakannya membonceng basikal di kawasan berkenaan.

#“Memang sudah menjadi kebiasaan mangsa akan berbasikal di kawasan itu setiap pagi bersama rakannya, namun semalam dia terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yang mengganggu babi hutan berkenaan dengan mencucuk haiwan itu menggunakan kayu.

#“Mangsa kemudian memberhentikan basikalnya dan menghampiri kanak-kanak terbabit untuk menghalang perbuatan mereka. Bagaimanapun, belum sempat dia turun, secara tiba-tiba haiwan itu terus menyerangnya,” kata sumber itu.

#Sumber itu berkata, mangsa kemudian terus rebah dan rakannya yang menyaksikan kejadian itu meminta pertolongan daripada penduduk setempat yang kemudian merawat lukanya.

#“Babi hutan berkenaan dipercayai sesat dan selepas menyerang mangsa, haiwan itu memasuki kawasan semak berhampiran.

#“Bagaimanapun, beberapa penduduk terus menghubungi Jabatan PERHILITAN (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) yang kemudian terpaksa menembak haiwan itu kerana ia agak agresif,” katanya.

0 Response to "Padah menegur kanak-kanak ganggu babi hutan"

Post a Comment

loading...